Friday 2 September 2011

Kisah Cintaku

               Permulaan cerita cinta kami di mana aku telah di pelawa olehnya (Nurul Fazrin Bt. Zahari) untuk hadir ke Majlis Persandingan kakaknya. Aku di jemput melalui chating di Facebook. Pada keesokkan harinya, aku cuba memberanikan diriku untuk menghadiri Majlis Persandingan kakaknya.

              Sebenarnya, kami baru seminggu dua hari saling mengenali antara satu sama lain. Sememangnya hubungan kami hanya sekadar kawan biasa. Berbalik kepada cerita di Majlis Persandingan kakaknya, aku cuba menjejakkan kaki masuk ke dalam majlis tersebut. Tiba-tiba aku terpaku seketika hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kata untuk diluahkan dan kelu untuk berbicara. Aku terpaku seketika kerana terpesona melihat kecantikkannya. Sejuk hatiku bila terpandang si dia memakai baju kurung berwarna kuning pisang emas. Sungguh cantik dan terpesona apabila aku memandangnya. Mungkin di sini lah cinta aku mula berputik, bak kata pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ,"dari mata turun ke hati".

              Aku akan cuba berusaha untuk memikat dan mengambil isi hatinya agar suatu hari nanti dia akan menjadi milik aku. Aku tidak mahu cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku sebagai lelaki, aku akan berusaha memikat hatinya dengan cara aku tersendiri. Aku seorang yang periang, penyayang dan romantis orangnya.
              Pada mulanya, si dia tidak sedar bahawa aku telah jatuh hati padanya. Lama-kelamaan si dia sedar akan keperhatinan aku terhadapnya. Namun masing-masing hanya memendamkan sahaja perasaan itu. Aku berjanji pada diriku, aku akan memikat si dia sampai dapat. Aku tidak peduli dengan pelbagai cabaran yang mendatang padaku. Walau bagaimana cara sekali pun aku perlu berusaha gigih untuk mendapatkannya dan si dia akan menjadi milik ku seorang , bak kata pepatah, ¡°menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung pula tidak berselerak.
             Kami pada setiap malam kerap berchating melalui laman web , "Yahoo!! Messenger". Hubungan kami semakin hari semakin rapat sehinggakan kami tidak pernah tertinggal pertanyaan khabar antara satu sama lain. Jikalau kami tidak mempunyai masa untuk bersembang melalui internet (Facebook atau Yahoo!! Messenger), kami akan bersembang melalui text message phone. Aku memiliki nombor telefonnya di ruang chat yahoo messenger yang  telah diberikan olehnya setelah aku memujuknya secara romantis dan sopan.
Pada pagi yang tidak ku jangka, aku telah melamarnya sebagai kekasihku. Aku berkata kepadanya, "Sudikah awak menjadi teman wanita saya?". Dia hanya mendiamkan diri dan kelu untuk berbicara. Alhamdulillah ; akhirnya si dia menerima lamaranku dengan seikhlas hatinya. Selepas dari lamaran itu, kini kami semakin rapat dan saling mengenali antara satu sama lain.
             Alhamdulillah, segala usaha dan doaku diberkati oleh Maha Pencipta Sekelian Alam. Akhirnya, aku berjaya memiliki dan mencari sebuah kunci untuk membuka kamar hatinya agar si dia menerima dan mencintai aku dengan seikhlas hatinya. Sekian terima kasih sayangku. I Love U Sayang..