Thursday 18 August 2011

Life College



Permulaan, aku hendak pulang dari kerja. Aku terpandang satu kain rintang yang memberi maklumat tentang penawaran kerja kerajaan (Jobs Malaysia). Sebenarnya aku sudah bosan dengan kerja aku sekarang (Subway) yang tidak memberi manfaat pada diriku masa akan datang. Pada keesokkan harinya, aku bertekad untuk mencuba tawaran kerja kerajaan yang ditawarkan oleh Jobs Malaysia. Tempat pendaftarannya di Tingkat 5, tempat letak kereta,Carrefour Subang Jaya. Aku mencuba nasib dengan mengikut gerak hatiku bahawa aku akan mendaftarkan diri di Jobs Malaysia. Selepas aku mendaftarkan nama aku di LIFE COLLEGE (tempat yang aku berkenan/memilih) dengan memohon jawatan sebagai Kerani Am (Kelayakkan SPM & STPM). Namun begitu, aku telah ditukarkan atau dicandangkan pangkat yang lebih tinggi iaitu Pegawai Pengurusan Pentadbiran. Sebelum memohon jawatan tersebut, aku seharusnya menghadiri Kursus Pembelajaran selama 24 bulan bersamaan 2 1/5 (01 Jan2011 – 09 Sept 2013). Setiap kejayaan tidak diperolehi dengan mudah tetapi perlu berusaha gigih untuk memperolehinya.
          Alhamdulillah..Nama aku layak untuk memohon jawatan tersebut. Pada 18 Disember 2010 merupakan tarikh pendaftaran diri di Life College. Namun dengan perancangan awal, aku bersama ayahku pergi mencari di mana lokasi Life College dengan menaikki teksi. Tarikh pada masa itu ialah 16 disember 2010. Aku merupakan pelajar pertama yang mendaftarkan diri sebagai pelajar pelajar Life College. Orang yang pertama aku jumpa ialah Mrs. Nicole (Assistant Manager Life College),orang seterusnya ialah Cik Mohammad, Cik Atiff, Cik Safwan, dan Cik Shukri.
          Pada hari seterusnya, aku perlu berpakaian formal untuk di interview. Setelah perjanjian telah termaktub maka aku perlu menurutinya iaitu menghadiri kursus selama 24 bulan untuk memperoleh jawatan tersebut. Aku di interview oleh dua orang kanan Life College iaitu Cik Mohammad dan Cik Atiff. Pelbagai soalan yang mereka kemukakan terhadap aku. Alhamdulillah,aku dapat menjawab dengan lancar dan sempurna.
         Pada semesta pertama,aku perlu mengambil 3 subjek iaitu Malaysian Studies,Business Communication, dan Basic English. Pelbagai dugaan dan cabaran yang aku telah tempuhi pada semesta pertama. Aku juga memiliki kawan baharu iaitu Ajoi, Hairi, Nurul, Maria,Anis dan ramai lagi. Pada penghujung semesta pertama, kami semua perlu menduduki ujian terakhir untuk semesta pertama. Akhirnya aku memperolehi keputusan dengan setimpal usaha gigih aku iaitu Basic English (C+), Business Comunication (C+), dan Malaysian Studies (C+).



       Pada semesta kedua pula, aku perlu mengambil 4 subjek iaitu Business Statistic, Introduction to Business, Introduction to Accounting, dan Economics 1. Subjek kini memang agak sukar bagi aku mempelajarinya kerana subjek tersebut merupakan subjek teras dan kesemuanya dalam bahasa English. Namun bukan itu menjadi alasan bagiku untuk aku gagal atau memperolehi markah yang rendah. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi dalam mengejar cita-cita kejayaan hidupku, akhirnya aku memperolehi keputusan yang sangat memuaskan dan membanggakan. Aku memperolehi keputusan yang terbaik iaitu Business Statistic (A), Introduction to Business (B), Introduction to Accounting (B+), dan Economics 1 (B+). Alhamdulillah.. Keputusan peperikasaan ku yang meningkat secara mendadak dari semesta 1 dan 2. Pada semesta 1, aku memperolehi GPA 2.5 dan CGPA 2.5 . Manakala pada semesta 2, aku memperolehi GPA 3.5 dan CGPA 3.17. Aku bangga dengan pencapaian aku setimpal dengan berkat usaha dan doa aku setiap hari.

Wednesday 10 August 2011

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Permulaan cerita..Aku ingin mencari di mana terletaknya S.M.K SS17. Aku layak diterima untuk melanjutkan pelajaran ke STPM. Aku aku sudah tertera di sekolah lamaku iaitu S.M.K Bandar Sunway. Pelbagai dugaan aku diuji. Bayangkan aku mencari S.M.K SS17 dengan hanya berjalan kaki selama 1 jam untuk sampai ke sekolah sana.. Aku lambat setengah jam.. Aku redha..
Selama 2 tahun aku menempuh STPM.. Pelbagai pengalaman yang aku tidak dapat lupakan di sekolah itu antaranya :-
  1. Mengetuai  Pembacaan Doa Perhimpunan Sekolah.
  2. Mengetuai 3 Persatuan dalam 1 masa (Persatuan Agama,Kelab Bowling dan Pengawa Pusat Sumber).
  3. Kerja sambil belajar.
  4. Bertemu dengan pelajar Jepun
Sekian Terima Kasih.

Friday 5 August 2011

Bekerja di Parkson.


Pada 26 November 2007 (Isnin),hari pertama aku bekerja di Parkson. Pemenent di tempat aku bekerja (Parkson) yang bernama Kak Sam.Aku bekerja sebagai part time crew,kedai jualan kasut yang berjenama (Kikers).Ini adalah pengalaman pertama aku bekerja sebagai juru jual kasut.Aku bekerja di Parkson selama 6 bulan ++ (Nov '07 - Mei '08).Aku berhenti kerja kerana ingin sambung belajar..

Kenangan Bekerja di Subway Sunway Pyramid


       
Pertama kali kaki ku melangkah di tempat kerjaku (Subway), aku berasa kekok dan ganjil sekali. Orang pertama yang aku jumpa ialah Siti Zaleha Bt. Daud. Aku telah di suruh oleh supervisorku agar menukar baju ku kepada T-Shirt Subway (warna hijau). Setelah semua sudah selesai dan sempurna, aku perlu memulakan pekerjaan ku. Orang pertama yang menyambut baik kehadiranku di Subway ialah Maung (Staff Myanmar). Orang yang pertama mengajar aku ialah Joe atau nama panggilannya “Handsome Boy” (Staff Myanmar).
           Sudah sebulan aku bekerja di Subway, pelbagai ilmu yang aku pelajari dari mereka semua. Antaranya ialah Subway Sunway Pyramid mempunyai 3 bahagian iaitu depan (Area Customer), tengah (Customer Service), dan belakang (Area dapur). Selama sebulan aku di latih bekerja di bahagian kitchen dan bahagian customer makan. Selepas sebulan, baru aku di izinkan oleh supervisorku untuk beralih tempat yang sukar sedikit iaitu di bahagian “customer service”. Di bahagian customer service mempunyai cabaran baru iaitu perlu berkomunikasi dengan customers dalam bahasa English. Sebelum ini aku memang tidak pandai dalam bahasa english tetapi sudah biasa berkomunikasi dengan staff Myanmar dalam bahasa english, maka ia akan menjadi mudah bagiku agar aku dapat bertutur dalam bahasa english dengan customer.
            Kian hari demi hari, bahasa english ku semakin baik. Sekarang supervisor aku pun sudah suka dengan prestasi kerja aku. Alhamdulillah. Walau pun aku sudah boleh bekerja di bahagian customer service, tidak bermakna aku lupa asal-usul ku yang dimana permulaanya aku di latih di bahagian kitchen. Di bahagian lama juga aku kadang-kadang buat. Ini lah keperibadianku iaitu aku tidak akan lupa dimana asal-usul ku.
Kini aku semakin rapat dengan supervisor kerana aku paling banyak tolong dia. Aku sanggup bekerja walau macam mana keadaan sekali pun. Aku pernah bekerja 5 bulan tanpa cuti dan pulang ke rumah sehingga lewat malam. Aku perlu bekerja lebihan masa kerana pada masa itu kekurangan staff.
            Setelah beberapa bulan lamanya, aku tahu dan sedar, supervisor ku sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap aku tetapi aku tidak langsung mengendahkan keperhatinannya terhadap aku. Aku hormat sidia tidak lebih dari seorang kakak angkat. Pelbagai cara sidia untuk memiliki hatiku antaranya belanja makan,wayang, dan bersiar-siar. Kami pernah melawat Zoo Negara , shopping di Mid Valley, dan KL Sentral. Semakin hari semakin rapat.
                                                                         
  Kak Siti (Supervisor Subway)
           Ada satu masa, aku di lamar olehnya “sudikah kamu menjadi boyfriend samaran akak?. Yang pastinya jawapan aku ialah “TIDAK”. Aku menolak cintanya tidak bermakna aku tidak suka pada nya tetapi aku suka hanya tidak lebih sebagai seorang kakak angkat. Kini hubungan kami semakin renggang dan tidak tahu dimana punca silapnya.
          Tetapi ini semua hanya tinggal kenangan sahaja. Dia pun telah menghilangkan diri dan berhenti kerja. Aku redha dengan semua ini dan apa yang telah berlaku pada diriku yang malang ini. Kini di Subway Sunway Pyramid, aku lah penggantinya iaitu aku dinaikkan pangkat sebagai Supervisor di outlet Subway Sunway Pyramid.

         Kesimpulannya, aku memperolehi banyak ilmu dari sidia iaitu cara mengendalikan staff, jaga kedai, paperwork, menjadi leader, dan sebagainya. Aku berterima kasih kepadanya. Memang benar kata-kata orang dahulu, “setiap pertemuan, pasti ada perpisahan”.

Wednesday 3 August 2011

Selamat Malam - Faizal Tahir

Pengalaman pahitku untuk menempuh SPM.

Assalamualaikum w.b.t..
Permulaan cerita aku berada di dapur rumah atuk ku.Aku mahu mengubah kehidupanku,maka aku telah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada kawan ku agar mencarikan ku kerja.Pada keesokkan harinya,kawanku (zahari) memberitahu kepada supervisornya (Siti Zaleha) di Subway itu bahawa tolong kosongkan jawatan part time seorang untuk kawan saya (Helmi).
Aku masih lagi di kampung dengan mengenang nasib malangku yang tiada haluan tuju hidup.Aku setiap malam menitiskan air mata kerana nasib yang malang menimpa diriku ini.Aku masih teringat , aku menangis berhampiran di luar depan rumah atuk ku.Aku cuba untuk menahan air mata ku tetapi ku tewas dengan dugaan yang menimpa diriku.Mengalir laju air mataku membasahi pipi ku.
Setelah kian lama ku berdiamkan diri, kini ku bangkit semula dan buka buku baru untuk mencorakkan kembali kehidupanku seperti biasa.
Aku telah membuat keputusan terakhir iaitu aku akan balik ke bandar semula seorang diri.Aku akan lari dari kampung dengan menumpang van bapa saudaraku (Hassan).
Kini aku sekarang berada di Kuala Lumpur.Aku berteduh dirumah bapa saudaraku.Walaupun aku malu tetapi aku tetap dengan pendirianku,aku akan buat ape sahaja agar aku berjaya dalam hidupku.
Sebenarnya konflik ini berlaku atas sebab keluarga aku di usir keluar dari rumah yang ayah ku sewa.Kami tiada tempat tinggal maka dengan jalan kebuntuan ayahku bercadang akan tinggal di kampung buat semetara waktu.
Pada masa yang sama juga,hanya beberapa hari sahaja aku akan menduduki peperiksaan (SPM).Oleh sebab itu aku telah membuat keputusan lari daripada kampung dan keluarga aku untuk mencari kerja dan menyambung kembali ulang kaji ku untuk menempuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada tahun 2007,aku telah berjaya menamatkan SPM ku.Perjanjian telah dibuat di tempat kerjaku iaitu aku akan bermula bekerja sekiranya habis SPM ku. Bersambung..