Thursday 18 August 2011

Life College



Permulaan, aku hendak pulang dari kerja. Aku terpandang satu kain rintang yang memberi maklumat tentang penawaran kerja kerajaan (Jobs Malaysia). Sebenarnya aku sudah bosan dengan kerja aku sekarang (Subway) yang tidak memberi manfaat pada diriku masa akan datang. Pada keesokkan harinya, aku bertekad untuk mencuba tawaran kerja kerajaan yang ditawarkan oleh Jobs Malaysia. Tempat pendaftarannya di Tingkat 5, tempat letak kereta,Carrefour Subang Jaya. Aku mencuba nasib dengan mengikut gerak hatiku bahawa aku akan mendaftarkan diri di Jobs Malaysia. Selepas aku mendaftarkan nama aku di LIFE COLLEGE (tempat yang aku berkenan/memilih) dengan memohon jawatan sebagai Kerani Am (Kelayakkan SPM & STPM). Namun begitu, aku telah ditukarkan atau dicandangkan pangkat yang lebih tinggi iaitu Pegawai Pengurusan Pentadbiran. Sebelum memohon jawatan tersebut, aku seharusnya menghadiri Kursus Pembelajaran selama 24 bulan bersamaan 2 1/5 (01 Jan2011 – 09 Sept 2013). Setiap kejayaan tidak diperolehi dengan mudah tetapi perlu berusaha gigih untuk memperolehinya.
          Alhamdulillah..Nama aku layak untuk memohon jawatan tersebut. Pada 18 Disember 2010 merupakan tarikh pendaftaran diri di Life College. Namun dengan perancangan awal, aku bersama ayahku pergi mencari di mana lokasi Life College dengan menaikki teksi. Tarikh pada masa itu ialah 16 disember 2010. Aku merupakan pelajar pertama yang mendaftarkan diri sebagai pelajar pelajar Life College. Orang yang pertama aku jumpa ialah Mrs. Nicole (Assistant Manager Life College),orang seterusnya ialah Cik Mohammad, Cik Atiff, Cik Safwan, dan Cik Shukri.
          Pada hari seterusnya, aku perlu berpakaian formal untuk di interview. Setelah perjanjian telah termaktub maka aku perlu menurutinya iaitu menghadiri kursus selama 24 bulan untuk memperoleh jawatan tersebut. Aku di interview oleh dua orang kanan Life College iaitu Cik Mohammad dan Cik Atiff. Pelbagai soalan yang mereka kemukakan terhadap aku. Alhamdulillah,aku dapat menjawab dengan lancar dan sempurna.
         Pada semesta pertama,aku perlu mengambil 3 subjek iaitu Malaysian Studies,Business Communication, dan Basic English. Pelbagai dugaan dan cabaran yang aku telah tempuhi pada semesta pertama. Aku juga memiliki kawan baharu iaitu Ajoi, Hairi, Nurul, Maria,Anis dan ramai lagi. Pada penghujung semesta pertama, kami semua perlu menduduki ujian terakhir untuk semesta pertama. Akhirnya aku memperolehi keputusan dengan setimpal usaha gigih aku iaitu Basic English (C+), Business Comunication (C+), dan Malaysian Studies (C+).



       Pada semesta kedua pula, aku perlu mengambil 4 subjek iaitu Business Statistic, Introduction to Business, Introduction to Accounting, dan Economics 1. Subjek kini memang agak sukar bagi aku mempelajarinya kerana subjek tersebut merupakan subjek teras dan kesemuanya dalam bahasa English. Namun bukan itu menjadi alasan bagiku untuk aku gagal atau memperolehi markah yang rendah. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi dalam mengejar cita-cita kejayaan hidupku, akhirnya aku memperolehi keputusan yang sangat memuaskan dan membanggakan. Aku memperolehi keputusan yang terbaik iaitu Business Statistic (A), Introduction to Business (B), Introduction to Accounting (B+), dan Economics 1 (B+). Alhamdulillah.. Keputusan peperikasaan ku yang meningkat secara mendadak dari semesta 1 dan 2. Pada semesta 1, aku memperolehi GPA 2.5 dan CGPA 2.5 . Manakala pada semesta 2, aku memperolehi GPA 3.5 dan CGPA 3.17. Aku bangga dengan pencapaian aku setimpal dengan berkat usaha dan doa aku setiap hari.

No comments:

Post a Comment