Wednesday 3 August 2011

Pengalaman pahitku untuk menempuh SPM.

Assalamualaikum w.b.t..
Permulaan cerita aku berada di dapur rumah atuk ku.Aku mahu mengubah kehidupanku,maka aku telah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada kawan ku agar mencarikan ku kerja.Pada keesokkan harinya,kawanku (zahari) memberitahu kepada supervisornya (Siti Zaleha) di Subway itu bahawa tolong kosongkan jawatan part time seorang untuk kawan saya (Helmi).
Aku masih lagi di kampung dengan mengenang nasib malangku yang tiada haluan tuju hidup.Aku setiap malam menitiskan air mata kerana nasib yang malang menimpa diriku ini.Aku masih teringat , aku menangis berhampiran di luar depan rumah atuk ku.Aku cuba untuk menahan air mata ku tetapi ku tewas dengan dugaan yang menimpa diriku.Mengalir laju air mataku membasahi pipi ku.
Setelah kian lama ku berdiamkan diri, kini ku bangkit semula dan buka buku baru untuk mencorakkan kembali kehidupanku seperti biasa.
Aku telah membuat keputusan terakhir iaitu aku akan balik ke bandar semula seorang diri.Aku akan lari dari kampung dengan menumpang van bapa saudaraku (Hassan).
Kini aku sekarang berada di Kuala Lumpur.Aku berteduh dirumah bapa saudaraku.Walaupun aku malu tetapi aku tetap dengan pendirianku,aku akan buat ape sahaja agar aku berjaya dalam hidupku.
Sebenarnya konflik ini berlaku atas sebab keluarga aku di usir keluar dari rumah yang ayah ku sewa.Kami tiada tempat tinggal maka dengan jalan kebuntuan ayahku bercadang akan tinggal di kampung buat semetara waktu.
Pada masa yang sama juga,hanya beberapa hari sahaja aku akan menduduki peperiksaan (SPM).Oleh sebab itu aku telah membuat keputusan lari daripada kampung dan keluarga aku untuk mencari kerja dan menyambung kembali ulang kaji ku untuk menempuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada tahun 2007,aku telah berjaya menamatkan SPM ku.Perjanjian telah dibuat di tempat kerjaku iaitu aku akan bermula bekerja sekiranya habis SPM ku. Bersambung..

No comments:

Post a Comment