Friday 5 August 2011

Kenangan Bekerja di Subway Sunway Pyramid


       
Pertama kali kaki ku melangkah di tempat kerjaku (Subway), aku berasa kekok dan ganjil sekali. Orang pertama yang aku jumpa ialah Siti Zaleha Bt. Daud. Aku telah di suruh oleh supervisorku agar menukar baju ku kepada T-Shirt Subway (warna hijau). Setelah semua sudah selesai dan sempurna, aku perlu memulakan pekerjaan ku. Orang pertama yang menyambut baik kehadiranku di Subway ialah Maung (Staff Myanmar). Orang yang pertama mengajar aku ialah Joe atau nama panggilannya “Handsome Boy” (Staff Myanmar).
           Sudah sebulan aku bekerja di Subway, pelbagai ilmu yang aku pelajari dari mereka semua. Antaranya ialah Subway Sunway Pyramid mempunyai 3 bahagian iaitu depan (Area Customer), tengah (Customer Service), dan belakang (Area dapur). Selama sebulan aku di latih bekerja di bahagian kitchen dan bahagian customer makan. Selepas sebulan, baru aku di izinkan oleh supervisorku untuk beralih tempat yang sukar sedikit iaitu di bahagian “customer service”. Di bahagian customer service mempunyai cabaran baru iaitu perlu berkomunikasi dengan customers dalam bahasa English. Sebelum ini aku memang tidak pandai dalam bahasa english tetapi sudah biasa berkomunikasi dengan staff Myanmar dalam bahasa english, maka ia akan menjadi mudah bagiku agar aku dapat bertutur dalam bahasa english dengan customer.
            Kian hari demi hari, bahasa english ku semakin baik. Sekarang supervisor aku pun sudah suka dengan prestasi kerja aku. Alhamdulillah. Walau pun aku sudah boleh bekerja di bahagian customer service, tidak bermakna aku lupa asal-usul ku yang dimana permulaanya aku di latih di bahagian kitchen. Di bahagian lama juga aku kadang-kadang buat. Ini lah keperibadianku iaitu aku tidak akan lupa dimana asal-usul ku.
Kini aku semakin rapat dengan supervisor kerana aku paling banyak tolong dia. Aku sanggup bekerja walau macam mana keadaan sekali pun. Aku pernah bekerja 5 bulan tanpa cuti dan pulang ke rumah sehingga lewat malam. Aku perlu bekerja lebihan masa kerana pada masa itu kekurangan staff.
            Setelah beberapa bulan lamanya, aku tahu dan sedar, supervisor ku sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap aku tetapi aku tidak langsung mengendahkan keperhatinannya terhadap aku. Aku hormat sidia tidak lebih dari seorang kakak angkat. Pelbagai cara sidia untuk memiliki hatiku antaranya belanja makan,wayang, dan bersiar-siar. Kami pernah melawat Zoo Negara , shopping di Mid Valley, dan KL Sentral. Semakin hari semakin rapat.
                                                                         
  Kak Siti (Supervisor Subway)
           Ada satu masa, aku di lamar olehnya “sudikah kamu menjadi boyfriend samaran akak?. Yang pastinya jawapan aku ialah “TIDAK”. Aku menolak cintanya tidak bermakna aku tidak suka pada nya tetapi aku suka hanya tidak lebih sebagai seorang kakak angkat. Kini hubungan kami semakin renggang dan tidak tahu dimana punca silapnya.
          Tetapi ini semua hanya tinggal kenangan sahaja. Dia pun telah menghilangkan diri dan berhenti kerja. Aku redha dengan semua ini dan apa yang telah berlaku pada diriku yang malang ini. Kini di Subway Sunway Pyramid, aku lah penggantinya iaitu aku dinaikkan pangkat sebagai Supervisor di outlet Subway Sunway Pyramid.

         Kesimpulannya, aku memperolehi banyak ilmu dari sidia iaitu cara mengendalikan staff, jaga kedai, paperwork, menjadi leader, dan sebagainya. Aku berterima kasih kepadanya. Memang benar kata-kata orang dahulu, “setiap pertemuan, pasti ada perpisahan”.

3 comments:

  1. assalamualaikum....
    nak tanya tips cara ko interview kerja subway ni macam mana arh???
    sbb sblum ni aq ade interview salah satu shop subway ni..dia kata dengan aku tunggu seminggu hingga 2minggu panggilan kerja bro...sampai sekarang membisu je...
    Jadi aq nak mintak la pendapat dari kau boleh??? Sbb aq nak sangat keje ni...thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sng je.. klau dia kata tgu smingu 2mingu ko try subway tmpt lain dulu. Kdng2 tmpt dia dah bnyk org aply kja. Rezeki ada di mne2.. try je.

      Delete
  2. nak tanya. Masa interview itu memang cakap full english ka ada cakap melayu jugak.

    ReplyDelete