ü
Solat istikharah hukumnya sunat mu’akat bagi
orang yang bimbang menemukan pilihan dalam segala persoalan, baik masalah
kerja, hendak nikah, melanjutkan sekolah dan lain-lain yang mana dalam persoalan
ada dua alternatif yang patut dipilih. Solat istikharah untuk mencari ilham
dari Allah S.W.T bahawa yang inilah yang baik untuk dunia dan akhiratmu. Dalam
hal ini, hasilnya nanti Allah S.W.T akan beri tanda-tanda kepada yang
bersangkutan. Wallahu ‘Alam.
ü
Cara mengerjakannya
o
Dikerjakan 2 rakaat pada waktu siang dan lebih
utama waktu malam hari seperti solat tahajjud, cara pelaksanaannya seperti mana
solat yang lain.
ü
Dikerjakan sendiri sambil niat solat istikharah,
o
“Sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat
kerana Allah Ta’ala”.
ü
Doa Solat Sunat Istikharah,
o
“Dengan menyebut nama Allah S.W.T yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengusai
segala alam, kesejahteraan dan keselamatan tetap kepada junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W, juga kepada keluarga nabi dan sahabat nabi semuanya. Ya Allah,
sesungguhnya aku minta pilihan kepada-Mu. Dan aku minta kepada-Mu dari
ketentuan-Mu yang Agung, kerana sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Kuasa
sedangkan aku tidak pernah kuasa. Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak
pernah mengetahui, dan Engkaulah yang mengetahui segala keadaan yang ghaib. Ya
Allah, andaikan Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebut perkara yang
dimaksudkan) adalah baik untukku, baik untuk agama dan duniaku serta baik pula
akhir dari perkara ku yang saat ini atau saat aku lakukan, maka semoga
mentakdirkan aku menjadi dikabulkan, Engkau mudahkan, dan seterusnya Engkau
mengetahui bahawa perkara ini (disebut perkara yang dimaksudkan) buruk untukku
dan buruk untuk agama dan duniaku serta buruk pula akhir dari perkara ku yang
saat ini atau yang akan aku lakukan, maka jauhkanlah aku dari perkara tersebut
atau jauhkanlah perkara itu dari sisiku, dan tetapkanlah kebaikkan untukku di
manapun aku berada, kemudian jadikanlah aku hamba yang selalu redha atas
perkara itu. Sesungguhnya atas segala sesuatu hanya Engkaulah yang Maha Kuasa”.
Amin Ya Rabbal 'Alamin...
No comments:
Post a Comment