Friday, 16 December 2011

Dugaan "KEDUA" Menjelang Peperiksaan Diploma

                    Kali ini dugaan semakin hebat dan sangat menghayat hati sesiapa yang menanggungnya. Semua barang berhargaku "HILANG"  semasa aku hendak Solat Zohor berjemaah di MASJID AL-HUSNA dan kemudian akan terus pergi ke Life College untuk menghadiri kelas tambahan marketing. Barang berhargaku yang hilang seperti LAPTOP, MP3, ID MATRIK, NOTA EXAM, CALCULATOR, WAYAR USB NOKIA, CHARGE NOKIA, EYE PHONE DAN PERALATAN TULIS. Semua complete dalam satu beg biruku.Yang menjadi persoalannya sekarang ialah minggu depan aku akan menduduki peperiksaan. Persoalan nya lagi, [ Bagaimana hendak study sedangkan semua nota hilang? dan Siapakah yang sangat jahil, padahal kejadian e2 berlaku betul2 di rumah ALLAH S.W.T (masjid)? ]

                   Sebelum kejadian malang e2 berlaku, aku di kejutkan dengan sebuah mimpi ngeri.Mimpi buruk yang seakan-akan memberi petunjuk bahawa kejadian malang yang akan bakal berlaku di dunia nyata apabila aku menduduki exam nanti.Aku bermimpi, aku berada di sebuah kelas dan semasa e2 aku sedang mengulang kaji. Tetapi banyak penghalang yang menghalang ku untuk study. Lecturer bersilih-ganti masuk dan keluar kelas. Aku tidak mempunyai peluang untuk membaca buku. Tetiba ada seorang pelajar perempuan menegurku, " Hai bang, bru nak baca buku?". Dan terus lecturer berkata, " semua simpan buku, exam nak mula dah". Aku xsempat baca buku dan ulang kaji mata pelajaran.

                   Tafsiran daripada mimpi itu menunjukkan bahawa aku tiada masa untuk mengulang kaji kerana ada sebab2 tertentu dan masalah yang akan berlaku dan menimpaku pada masa akan datang. Mimpi itu pun sudah menjadi kenyataan di dunia. Semua nota exam ku hilang dan aku tiada masa untuk membacanya. Tetapi cuma ada 1 peluang sahaja iaitu aku perlu meminjam semua nota daripada kawan college ku untuk aku study balik. OOOHHHH!!! Sangat perit.

                Aku teringat kata2 seorang jutawan (Abg Zhafri). Dia pernah berpesan padaku, " tiada benda yang mustahil dalam dunia ini jika kita ingin berjaya".So, aku tidak akan berputus asa untuk mengulang kaji pelajaran sehari suntuk sebelum exam bermula pada minggu hadapan.

                Alhamdulillah, aku sempat mengulang kaji semua mata pelajaran dan aku sudah bersedia untuk menduduki exam semesta ke-3. Harap2 aku mendapat keputusan yang cemerlang. Aku sudah berusaha gigih dan belajar bersungguh-sungguh agar mendapat hasil yang baik.

                 Kita sama2 akan tunggu keputusan exam ku pada Tahun 2012...TQ

















No comments:

Post a Comment