Hanya tinggal lagi satu minggu untuk membuat persiapan terakhir peperiksaan semesta ke-2. Alhamdulillah semua subjek aku sudah khatam ulang kaji tetapi kadang2 aku akan mengulang kaji subjek e2 balik agar tidak lupa. Selama satu bulan aku mengulang kaji semua subjek. Harap pada hari peperiksaan aku dapat menjawabnya dengan tenang dan mudah.
Pada masa itu aku berada di tempat kerjaku iaitu di Subway Sunway Pyramid. Aku di pinjam oleh Supervisor outlet sana buat sementara waktu. Dugaan yang aku tidak boleh lupakan ialah "aku dituduh mencuri duit di cashier". Aku panik, pelik, dan semua perasaan bercampur aduk serta banyak persoalan yang berada di minda ku. Aku ingat pesan ustaz di sekolah, "berani jika benar dan takut jika salah". Maka itulah kata2 hikmat yang menguatkan lagi kesabaranku untuk menempuhnya. Aku memberanikan diri kerana aku benar.
Aku mulai rasa sesuatu perasaan yang sangat pelik kerana apabila aku pulang dari solat asar, duit itu kembali seperti asal dan sedia kala. Bagaimana duit itu ada semula dan tidak kurang 1 sen pun malah lebih beberapa sen. Aku akan cuba siasat dan mencari bukti agar aku tidak bersalah dan berada di pihak yang benar.
Alhamdulillah, aku sudah memiliki beberapa bukti yang menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Maka dengan keputusan adil Manager di tempat kerjaku, aku di bebaskan dan pencuri itu di berhentikan kerja dengan serta merta.
Esoknya, aku mulai cuti 2 minggu untuk menduduki peperiksaan semesta ke-2. Alhamdulillah dengan berkat doa dan kesabaranku serta nasihat orang2 yang sudah berjaya, aku mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.TQ
No comments:
Post a Comment