- Jodoh dari Syaitan.
- Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat. Akhirnya wanita itu mengandung. Baru kamu manikah.
- Jodoh dari Jin.
- Kamu berdua berkenalan, kamu sukakan wanita itu. Tapi wanita itu tidak menyukai kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar wanita itu suka kepada kamu; dan kamu berdua menikah.
- Jodoh dari Allah S.W.T.
- Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke dalam kalbu. Kamu terus meminang wanita itu dan wanita itu terima pinangan kamu dan kamu berdua menikah. Insya-Allah berkekalan hingga ke akhir hayat dan itulah yang dikatakan Anugerah Cinta.
Friday, 16 March 2012
Soal Jodoh di Tangan Allah S.W.T.
Friday, 24 February 2012
Wednesday, 25 January 2012
NoteBook 2012 (lenovo)
Hari ini aku memiliki sebuah notebook baru yang original. Memang puas hati. Kian lama aku menanti dan menunggu masa dan saat ini. Ohhh!!! Bahgianya aku!!!!.
Notebook aku ini special sikit.Hal ini kerana notebook ini dipilihkan oleh teman wanitaku. Dia memang pakar dalam teknologi sebab dia baharu habis diploma egenier. Kalo bagi aku ialah perbandingan harga. Aku memang pakar dalam bidang itu. Hal ini kerana aku kini sedang berusaha untuk menghabiskan diploma business studies ku.
Pada malam harinya pula, awek aku pula beli handphone samsung screen touch. Biasa la, orang kayakan..hehehehehhe...
Friday, 16 December 2011
Dugaan "KEDUA" Menjelang Peperiksaan Diploma
Kali ini dugaan semakin hebat dan sangat menghayat hati sesiapa yang menanggungnya. Semua barang berhargaku "HILANG" semasa aku hendak Solat Zohor berjemaah di MASJID AL-HUSNA dan kemudian akan terus pergi ke Life College untuk menghadiri kelas tambahan marketing. Barang berhargaku yang hilang seperti LAPTOP, MP3, ID MATRIK, NOTA EXAM, CALCULATOR, WAYAR USB NOKIA, CHARGE NOKIA, EYE PHONE DAN PERALATAN TULIS. Semua complete dalam satu beg biruku.Yang menjadi persoalannya sekarang ialah minggu depan aku akan menduduki peperiksaan. Persoalan nya lagi, [ Bagaimana hendak study sedangkan semua nota hilang? dan Siapakah yang sangat jahil, padahal kejadian e2 berlaku betul2 di rumah ALLAH S.W.T (masjid)? ]
Sebelum kejadian malang e2 berlaku, aku di kejutkan dengan sebuah mimpi ngeri.Mimpi buruk yang seakan-akan memberi petunjuk bahawa kejadian malang yang akan bakal berlaku di dunia nyata apabila aku menduduki exam nanti.Aku bermimpi, aku berada di sebuah kelas dan semasa e2 aku sedang mengulang kaji. Tetapi banyak penghalang yang menghalang ku untuk study. Lecturer bersilih-ganti masuk dan keluar kelas. Aku tidak mempunyai peluang untuk membaca buku. Tetiba ada seorang pelajar perempuan menegurku, " Hai bang, bru nak baca buku?". Dan terus lecturer berkata, " semua simpan buku, exam nak mula dah". Aku xsempat baca buku dan ulang kaji mata pelajaran.
Tafsiran daripada mimpi itu menunjukkan bahawa aku tiada masa untuk mengulang kaji kerana ada sebab2 tertentu dan masalah yang akan berlaku dan menimpaku pada masa akan datang. Mimpi itu pun sudah menjadi kenyataan di dunia. Semua nota exam ku hilang dan aku tiada masa untuk membacanya. Tetapi cuma ada 1 peluang sahaja iaitu aku perlu meminjam semua nota daripada kawan college ku untuk aku study balik. OOOHHHH!!! Sangat perit.
Aku teringat kata2 seorang jutawan (Abg Zhafri). Dia pernah berpesan padaku, " tiada benda yang mustahil dalam dunia ini jika kita ingin berjaya".So, aku tidak akan berputus asa untuk mengulang kaji pelajaran sehari suntuk sebelum exam bermula pada minggu hadapan.
Alhamdulillah, aku sempat mengulang kaji semua mata pelajaran dan aku sudah bersedia untuk menduduki exam semesta ke-3. Harap2 aku mendapat keputusan yang cemerlang. Aku sudah berusaha gigih dan belajar bersungguh-sungguh agar mendapat hasil yang baik.
Kita sama2 akan tunggu keputusan exam ku pada Tahun 2012...TQ

Dugaan Pertama Menjelang Peperiksaan Diploma
Hanya tinggal lagi satu minggu untuk membuat persiapan terakhir peperiksaan semesta ke-2. Alhamdulillah semua subjek aku sudah khatam ulang kaji tetapi kadang2 aku akan mengulang kaji subjek e2 balik agar tidak lupa. Selama satu bulan aku mengulang kaji semua subjek. Harap pada hari peperiksaan aku dapat menjawabnya dengan tenang dan mudah.
Pada masa itu aku berada di tempat kerjaku iaitu di Subway Sunway Pyramid. Aku di pinjam oleh Supervisor outlet sana buat sementara waktu. Dugaan yang aku tidak boleh lupakan ialah "aku dituduh mencuri duit di cashier". Aku panik, pelik, dan semua perasaan bercampur aduk serta banyak persoalan yang berada di minda ku. Aku ingat pesan ustaz di sekolah, "berani jika benar dan takut jika salah". Maka itulah kata2 hikmat yang menguatkan lagi kesabaranku untuk menempuhnya. Aku memberanikan diri kerana aku benar.
Aku mulai rasa sesuatu perasaan yang sangat pelik kerana apabila aku pulang dari solat asar, duit itu kembali seperti asal dan sedia kala. Bagaimana duit itu ada semula dan tidak kurang 1 sen pun malah lebih beberapa sen. Aku akan cuba siasat dan mencari bukti agar aku tidak bersalah dan berada di pihak yang benar.
Alhamdulillah, aku sudah memiliki beberapa bukti yang menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Maka dengan keputusan adil Manager di tempat kerjaku, aku di bebaskan dan pencuri itu di berhentikan kerja dengan serta merta.
Esoknya, aku mulai cuti 2 minggu untuk menduduki peperiksaan semesta ke-2. Alhamdulillah dengan berkat doa dan kesabaranku serta nasihat orang2 yang sudah berjaya, aku mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.TQ

Wednesday, 9 November 2011
Sungai Gabai Waterfall
8 a.m
- We are all on the way to go to Sungai Gabai Waterfall, Hulu Langat.
- We all gathered at the home Zul Hafiz.
- All equipment is provided with good and proper.
9:15 a.m
- We all have reached our destination at Sungai Gabai Waterfall.
12:05 noon
Friday, 2 September 2011
Kisah Cintaku
Sebenarnya, kami baru seminggu dua hari saling mengenali antara satu sama lain. Sememangnya hubungan kami hanya sekadar kawan biasa. Berbalik kepada cerita di Majlis Persandingan kakaknya, aku cuba menjejakkan kaki masuk ke dalam majlis tersebut. Tiba-tiba aku terpaku seketika hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kata untuk diluahkan dan kelu untuk berbicara. Aku terpaku seketika kerana terpesona melihat kecantikkannya. Sejuk hatiku bila terpandang si dia memakai baju kurung berwarna kuning pisang emas. Sungguh cantik dan terpesona apabila aku memandangnya. Mungkin di sini lah cinta aku mula berputik, bak kata pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ,"dari mata turun ke hati".
Aku akan cuba berusaha untuk memikat dan mengambil isi hatinya agar suatu hari nanti dia akan menjadi milik aku. Aku tidak mahu cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku sebagai lelaki, aku akan berusaha memikat hatinya dengan cara aku tersendiri. Aku seorang yang periang, penyayang dan romantis orangnya.
Pada mulanya, si dia tidak sedar bahawa aku telah jatuh hati padanya. Lama-kelamaan si dia sedar akan keperhatinan aku terhadapnya. Namun masing-masing hanya memendamkan sahaja perasaan itu. Aku berjanji pada diriku, aku akan memikat si dia sampai dapat. Aku tidak peduli dengan pelbagai cabaran yang mendatang padaku. Walau bagaimana cara sekali pun aku perlu berusaha gigih untuk mendapatkannya dan si dia akan menjadi milik ku seorang , bak kata pepatah, ¡°menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung pula tidak berselerak.
Kami pada setiap malam kerap berchating melalui laman web , "Yahoo!! Messenger". Hubungan kami semakin hari semakin rapat sehinggakan kami tidak pernah tertinggal pertanyaan khabar antara satu sama lain. Jikalau kami tidak mempunyai masa untuk bersembang melalui internet (Facebook atau Yahoo!! Messenger), kami akan bersembang melalui text message phone. Aku memiliki nombor telefonnya di ruang chat yahoo messenger yang telah diberikan olehnya setelah aku memujuknya secara romantis dan sopan.
Pada pagi yang tidak ku jangka, aku telah melamarnya sebagai kekasihku. Aku berkata kepadanya, "Sudikah awak menjadi teman wanita saya?". Dia hanya mendiamkan diri dan kelu untuk berbicara. Alhamdulillah ; akhirnya si dia menerima lamaranku dengan seikhlas hatinya. Selepas dari lamaran itu, kini kami semakin rapat dan saling mengenali antara satu sama lain.
Alhamdulillah, segala usaha dan doaku diberkati oleh Maha Pencipta Sekelian Alam. Akhirnya, aku berjaya memiliki dan mencari sebuah kunci untuk membuka kamar hatinya agar si dia menerima dan mencintai aku dengan seikhlas hatinya. Sekian terima kasih sayangku. I Love U Sayang..
Subscribe to:
Comments (Atom)